CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 18, 2008

rahsia


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


1.Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu mimpikan pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

2. Ketika satu pintu kebahagian tertutup,pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kta terpaku terlalu lama pada pntu yang tertutup itu sehigga tidak melihat pintu lain yang di bukakan untuk kita.

3. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangan nya,tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mndapatkan nya.

4.Awal ari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tak merubah dirinya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak,kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam diri dia.

5.Mungkin Tuhan ingin kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan oang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

6.Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang,sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

7.Kebahagian tersedia bagi mereka ang menangis,mereka yang disakiti hatinya,mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.Kerana mereka itulah yang menghargai betapa pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

8.Cinta datang kepada mereka yang masih mengharap sekalipun pernah dikecewakan,kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati,kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Tuesday, June 17, 2008

all about love

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

ROMANTIK

Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan cinta anda, tanpa perlu mengungkapkannya pada hari2 tertentu sahaja. Anda boleh melakukannya pada setiap hari sekiranya anda menpunyai kesempatan. Tips ini nampak mudah bagi anda, tetapi sejauh manakan anda mengetahui bahawa hubungan cinta harus dibina setiap hari?

1 ) Katakan “Aku Teramat Mencintaimu´kerana pasanagan anda memerlukan kata2 ini daripada anda.

2 ) Jangan timbulkan masalah2 kecil, termasuk yang bersangkut paut dengan kebiasaan buruk pasangan anda.Belajarlah menerima si dia seadanya.

3 ) Berfikirlah secara positif daripada memilikirkan sebahagian sikapnya yang mengecewakan anda, ingatlah segala kebaikan yang telah dilakukannya untuk anda.

4 ) Tenangkan diri anda ketika sedang marah. Jangan berbicara dengannaya sejenak hingga anda berdua ada masa untuk merenung kembali akan hal sebenarnya.

5 ) Jangan seseklai menggunakan kelemahan atau rahsia pasanagn anda untuk menyerangnya. Apalagi sengaja memperbesar- besarkan lagi di depan orang lain, baik keluarga ataupun sahabat handai. Biarpun pada anda ianya ialah perkara kecil dan tidak ada apa2 maksud, tetapi mungkin ianya ialah serius bagi pasangan anda.

6 ) Berikan keutamaan untuk pasangan anda. Katakan ” YA” sesering yang boleh, misalnya pergi menonton pertandingan olahraga berdua dengannya. Jika anda boleh menerima, pasangan anda juga akan membalas segala perhatian anda terhadapnya dan hidup akan terasa lebih mudah.

7 ) HARGAI pasangan anda. Jangan memburuk-burukkan pasangan anda kepada orang lain. Tunjukkan rasa cinta dan sayang anda ketika anda membicarakan tentangnya.

8 ) Ciptalah waktu untuk anda berdua sahaja dengannya. Lakukanlah hal yang anda senangi berdua, misalnya pergi makan tengahari atau minum berdua. jika pasangan anda berada jauh daripada anda, cukuplah sekadar menelefonnya hanya untuk mendengar suaranya. Apa yang lebih penting ialah perasaan anda terhadapnya.

CINTA

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.



1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.



2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.



3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’



4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.



5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.



6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.



7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.



8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.



9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.



10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

BAHAYA...!!!!!!

Kesilapan BERBAHAYA Hampir Semua Wanita Lakukan Dengan Lelaki…dan Macamana Nak Mengelakkannya.
Dalam banyak-banyak kesilapan wanita lakukan dengan lelaki yang mereka minat, sayang, cinta, kesilapan yang ini boleh dikatakan paling berbahaya.Boleh saya katakan, kesilapan ini adalah punca kebanyakan masalah lebih besar yang boleh berlaku seterusnya dalam perhubungan mahupun hidup.Lelaki pun ada buat perkara sama, tapi diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza.Apa dia kesilapan tu?“Membenarkan diri anda menjadi SANGAT EMOSI/EMOSIONAL di samping pasangan anda dalam bentuk negatif dan merosakkan diri.”Letusan emosi ni boleh berlaku tanpa disedari dan sekejap saja pun dah cukup untuk merosakkan segalanya.Sesuatu masalah yang besar pada anda, amat mengganggu dan tependam, bila dikeluarkan dengan ‘letusan emosi’ sebegini mampu merobohkan perhubungan anda MUNGKIN selamanya!Apa pulak kaitannya dengan bagaimana lelaki bertindak balas?Sebenarnya, membuat perkara seperti ini menunjukkan kepada lelaki/pasangan anda bahawa anda mempunyai masalah Emosi Yang Tidak Terkawal. Tidak ada perkara lain yang boleh menakutkan lelaki selain dari mempunyai pasangan yang dilihatnya mempunyai emosi yang negatif.Saya cerita sikit ya..Katalah anda ‘dating’ dengan lelaki yang anda minat, anda selesa dengannya, perasaan positif, kepercayaan, idea serta harapan tentang arah tuju dan masa hadapan perhubungan wujud dalam diri.Perkara macam ni biasa berlaku.Perasaan positif yang dirasakan ini selalunya amat membantu anda untuk melihat jauh kehadapan melangkaui perasaan TAKUT dan negatif yang wujud dalam diri akibat kenangan buruk perhubungan/cinta yang lalu dengan lelaki.Perasaan positif ini juga menjadi pendorong untuk anda ‘mencuba’ mempunyai pasangan dan hubungan baru.Dalam keadaan ini, kemungkinan anda berkata pada diri;“Kali ni perhubungan aku ni amat berbeza dari dulu”“dia ni lain la, tak sama macam yang dulu, dia tak mungkin buat perangai macam pasangan yang lepas..”“aku sekarang ni dah makin matang, takkan benarkan lagi perngalaman buruk lepas berulang, ini masa untuk cinta sebenar..”Tapi hakikatnya anda tak berubah apa pun. Yang berubah hanyalah masa dan situasi.Dalam diri anda masih lagi wujud dan bertapak perasaan TAKUT dikecewakan, pengalaman buruk cinta lama berulang dan perkara negatif lain yang dilalui dengan pasangan lepas.Bila tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan anda yang baru ni, pasti akan berlakunya perselisihan faham atau konflik. Pada masa inilah, tanpa disedari, anda rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perhubungan ini. Anda rasa seperti keliru. Konflik yang kecil pun boleh jadi besar.Dalam keadaan ini, segala perasaan negative dan TAKUT kesan pengalaman cinta lalu yang bertapak dalam diri mula muncul semula.Anda dah mula berfikir;“Ahh..lelaki semua sama je, pentingkan diri!”“Lelaki baik memang dah takde dah..”“Agaknya memang dah takdir aku ke asyik jumpa lelaki yang macam ni..”“Leceh bercinta-cinta ni, kahwin jer terus, lepas tu cerita lain kalau nak bercinta pun..”Dan macam-macam lagilah yang anda sendiri pun mungkin tau.Untuk pengetahuan anda, fikiran yang semacam ini MENGARUT!Perasaan negatif ini adalah hasil dari KETAKUTAN. Dari perasaan takut inilah timbulnya segala sifat dan fikiran negatif yang menutup sifat positif dan optimis yang wujud dalam diri terhadap perhubungan anda yang membantu mencipta suasana dan perhubungan bahagia.Bila datang sifat negatif hasil perasaan takut itu, anda tak dapat mengawal emosi anda.Bila ini berlaku, ia merupakan resepi untuk menjauhkan lelaki yang PALING mujarab sekali!Lelaki TAKKAN mahu terlibat dalam sesuatu perhubungan dengan wanita yang di awal perhubungan sangat optimis dan boleh mengawal emosi tetapi sebaliknya terjadi bila konflik melanda.Kita lihat ya, bila wanita nampak/rasa lelaki mula tiada komitmen setelah perhubungan semakin intim, lelaki seolah-olah semakin jauh, wanita mula ‘gelabah’.Bila lelaki tak jawab panggilan atau kelihatan menarik diri dalam perhubungan, wanita mula berasa bimbang, sedih, kecewa dan mula bertindak mengikut perasaan takut tersebut.Bila wanita mengesan/merasa lelaki tak berkongsi perasaan yang sama bila berlaku masalah atau lelaki seolah-olah tak berkongsi kesedihannya, perasaan tak selesa timbul dan rasa seolah-olah lelaki tak sayangkan mereka.Apa yang saya nak sampaikan di sini, kalau anda benarkan diri anda terlalu mengikut emosi, benarkan ketakutan dalam diri menguasai anda dalam situasi atau konflik bersama lelaki/pasangan anda, dalam masa sama bergantung kepada dia untuk menstabilkan/kestabilan perasaan dan emosi anda, anda merosakkan segalanya..JAMIN!Lebih teruk lagi, anda cuba bercakap dengan pasangan dan meluahkan semua perasaan dan ketakutan anda tentang perhubungan dalam keadaan emosi menguasai diri.Anda buat macam ni, dah sah menjahanamkan perhubungan anda!Tapi mungkin anda kata, “Biasa la, wanita memang lembut hati, senang tersentuh dan adakalanya emosi ni mungkin bagus. Perasaan pulak, kan ada masanya kita kena ambil kira contohnya perasaan boleh bagi tau sesuatu kalau ada yang tak kena.”Lagi satu, “Bukan ke perasaan dan emosi membolehkan kita merasai pengalaman dalam hidup, manis bercinta dan sebagainya dengan lebih dalam dan sepenuh hati?”Lagi, “Bukan ke kalau kita tak pedulikan atau cuba mengelak dan mengubah perasaan sendiri tu akan mengubah diri kita yang sebenar?”Ok..saya terangkan..Emosi ni ada dua. Satu positif yang berdasarkan ‘kegembiraan’ dan ‘negatif’ berdasarkan ketakutan.Emosi positif membuat anda rasa selesa, lega, gembira dan negatif membuatkan anda rasa tertekan, sedih, kecewa, takut dan sebagainya.Pernah tak anda rasa kecewa, marah, sedih bila anda hanya nak pasangan mendengar dan bagi perhatian tentang apa yang anda nak cakap tapi dia macam tak sepenuh hati mendengar. Dia nampak seolah-olah ambil ringan, macam nak tak nak jer, lebih teruk lagi dia macam buat bodoh.Lepas tu anda kecewa dan rasa marah seolah-olah anda diperlakukan macam orang lain, bukan pasangan atau kekasih/isteri.Kalau pernah lalui..ada sesuatu saya nak ajarkan pada anda..Emosi ni boleh ‘merebak’, ‘berjangkit’ macam virus.Dengan kata lain, bila anda beremosi, perasaan tu mudah dipindahkan kepada orang yang anda sedang berkongsi cerita tu. Lagi kuat perasaan dan emosi, lagi banyak ia dipindahkan dan boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadap orang lain walaupun pada masa tu tahap emosi dia ‘membina’, positif dan tahap emosi anda pula negatif dan ‘memusnahkan’.Bila emosi jadi terlalu tinggi dan kuat, ia akan mengambil alih fikiran dan diri anda. Hasilnya tingkahlaku dan perasaan anda dipengaruhi.Saya bagi contoh, anda tengok filem sedih, sedih sangat sampai anda pun rasa sedih sama sehingga menitiskan air mata. Emosi sedih pelakon dalam filem tu dapat dirasai anda sebagai penonton dan mempengaruhi perasaan anda. Ini contoh yang mudah saja macamana emosi berjangkit dan boleh dipindahkan.Dengan lelaki/pasangan pula, bila anda rasa semakin intim, dekat dengan dia, dia pulak kelihatan semakin jauh dan seolah-olah meninggalkan anda, ini membuatkan anda takut, ‘gelabah’ dan bimbang.Bila ia semakin kuat, emosi tersebut ‘menjadi anda’, dan anda bertindak di luar kawalan hasil dorongan emosi itu secara sedar atau tidak.Emosi boleh ‘menipu’ dengan cuba menjadikan anda mengawal pasangan supaya anda rasa selesa seperti sediakala.Seterusnya, dari sepatutnya anda nak berkomunikasi dan bercakap tentang apa yang anda rasa dan apa masalah anda, anda tanpa sedar telah cuba membuatkan pasangan anda MERASA kekecewaan dan kemarahan anda tu.Pada masa tu anda rasa semuanya telah dikeluarkan, rasa lapang dada dan lega kerana apa yang terbuku di hati dah dihamburkan tetapi ia hanya kelegaan untuk masa pendek dan sekejap sahaja

Kesilapan Wanita

Kesilapan Wanita Lakukan Yang Menyebabkan Lelaki Meninggalkan Mereka
Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya. Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Membuatkan Lelaki Mencintai Anda… HANYA Anda Sahaja Selamanya?”Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Yang Mempunyai “Kuasa” Mempengaruhi Lelaki”.. dan lelaki akan dengan “rela” membenarkan anda mempengaruhinya dalam masa yang sama?Jika begitu, saya ada berita baik untuk anda. Sekiranya anda masih lagi “single”, ingin mencari pasangan, sedang bercinta, atau ingin menyemarakkan lagi api cinta di dalam perhubungan, atau juga perkahwinan anda, tunggu pelancaran Ebook saya dalam masa yang terdekat ini.Dalam Ebook ini saya akan terangkan kepada anda apa yang diketahui oleh wanita-wanita yang cemerlang dalam perhubungannya. Mereka seolah-olah mempunyai karektor-karektor tertentu yang tanpa henti memukau lelaki dalam hidupnya. Saya akan terangkan bagaimana untuk anda mampu berfikir dan bertindak seperti wanita-wanita ini.Ebook ini ditulis untuk anda lakukan “apa yang boleh dijayakan dan berhasil”. Dengan “meningkatkan diri anda”, anda akan mampu mempengaruhi pasangan atau menarik dan bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidup anda.Ini adalah berkenaan perubahan positif yang boleh anda lakukan terhadap diri anda yang akhirnya akan membawa kepada perubahan yang positif juga terhadap perhubungan anda. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada komunikasi yang lebih baik, keintiman yang bertambah, dan juga kefahaman tentang bagaimana sesuatu masalah itu boleh timbul.Antara kandungan Ebook saya nanti ialah:# Bagaimana caranya untuk menggunakan sifat “feminin” anda untuk melemahkan, menembusi sistem pertahanan dalam hatinya dan jadikan dia seorang lelaki yang sensitif dan amat penyayang terhadap anda – seperti yang anda inginkan selama ini.# Bagaimana untuk mengelakkan luka lama di hati daripada mensabotaj peluang anda untuk mendapatkan dan mempunyai sebuah perhubungan yang berjaya.# Bagaimana untuk membuat seorang lelaki rasa difahami oleh anda. Kuasai rahsia ini dan anda boleh minta hampir apa sahaja dari pasangan anda – dan dia dengan sukarela memberikannya.# Bagaimana dengan hanya menjadi diri anda sendiri, anda tetap akan disayangi dan dicintai!# Kenapa sesetengah wanita tanpa sedar menolak lelaki yang baik atau sentiasa memilih lelaki yang tidak baik – Kenali perbezaan di antara dua perkara yang saya jelaskan supaya anda tidak lagi membenarkan diri anda untuk tersalah pilih lelaki.