CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 18, 2008

rahsia


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


1.Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu mimpikan pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan,kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

2. Ketika satu pintu kebahagian tertutup,pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kta terpaku terlalu lama pada pntu yang tertutup itu sehigga tidak melihat pintu lain yang di bukakan untuk kita.

3. Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangan nya,tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mndapatkan nya.

4.Awal ari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tak merubah dirinya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak,kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam diri dia.

5.Mungkin Tuhan ingin kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan oang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu.

6.Hanya diperlukan waktu seminit untuk mentafsir seseorang,sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

7.Kebahagian tersedia bagi mereka ang menangis,mereka yang disakiti hatinya,mereka yang mencari dan mereka yang mencuba.Kerana mereka itulah yang menghargai betapa pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

8.Cinta datang kepada mereka yang masih mengharap sekalipun pernah dikecewakan,kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati,kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Tuesday, June 17, 2008

all about love

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

ROMANTIK

Romantisme ialah satu cara mengungkapkan perasaan cinta anda, tanpa perlu mengungkapkannya pada hari2 tertentu sahaja. Anda boleh melakukannya pada setiap hari sekiranya anda menpunyai kesempatan. Tips ini nampak mudah bagi anda, tetapi sejauh manakan anda mengetahui bahawa hubungan cinta harus dibina setiap hari?

1 ) Katakan “Aku Teramat Mencintaimu´kerana pasanagan anda memerlukan kata2 ini daripada anda.

2 ) Jangan timbulkan masalah2 kecil, termasuk yang bersangkut paut dengan kebiasaan buruk pasangan anda.Belajarlah menerima si dia seadanya.

3 ) Berfikirlah secara positif daripada memilikirkan sebahagian sikapnya yang mengecewakan anda, ingatlah segala kebaikan yang telah dilakukannya untuk anda.

4 ) Tenangkan diri anda ketika sedang marah. Jangan berbicara dengannaya sejenak hingga anda berdua ada masa untuk merenung kembali akan hal sebenarnya.

5 ) Jangan seseklai menggunakan kelemahan atau rahsia pasanagn anda untuk menyerangnya. Apalagi sengaja memperbesar- besarkan lagi di depan orang lain, baik keluarga ataupun sahabat handai. Biarpun pada anda ianya ialah perkara kecil dan tidak ada apa2 maksud, tetapi mungkin ianya ialah serius bagi pasangan anda.

6 ) Berikan keutamaan untuk pasangan anda. Katakan ” YA” sesering yang boleh, misalnya pergi menonton pertandingan olahraga berdua dengannya. Jika anda boleh menerima, pasangan anda juga akan membalas segala perhatian anda terhadapnya dan hidup akan terasa lebih mudah.

7 ) HARGAI pasangan anda. Jangan memburuk-burukkan pasangan anda kepada orang lain. Tunjukkan rasa cinta dan sayang anda ketika anda membicarakan tentangnya.

8 ) Ciptalah waktu untuk anda berdua sahaja dengannya. Lakukanlah hal yang anda senangi berdua, misalnya pergi makan tengahari atau minum berdua. jika pasangan anda berada jauh daripada anda, cukuplah sekadar menelefonnya hanya untuk mendengar suaranya. Apa yang lebih penting ialah perasaan anda terhadapnya.

CINTA

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.



1. Pilih pasangan yang sesuai

Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.

Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.



2. Jangan terburu-buru

Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.



3. Percaya akan kelemahannya

Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.

Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’



4. Tutup mulut

Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.



5. Terima seadanya

Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.



6. Jadi pemerhati

Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.



7. Buktikan siapa diri anda

Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.



8. Mr . Right kembali

Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?

Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.



9. Bukan perigi cari timba

Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.



10. Hargailah diri sendiri dan pasangan

Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

BAHAYA...!!!!!!

Kesilapan BERBAHAYA Hampir Semua Wanita Lakukan Dengan Lelaki…dan Macamana Nak Mengelakkannya.
Dalam banyak-banyak kesilapan wanita lakukan dengan lelaki yang mereka minat, sayang, cinta, kesilapan yang ini boleh dikatakan paling berbahaya.Boleh saya katakan, kesilapan ini adalah punca kebanyakan masalah lebih besar yang boleh berlaku seterusnya dalam perhubungan mahupun hidup.Lelaki pun ada buat perkara sama, tapi diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza.Apa dia kesilapan tu?“Membenarkan diri anda menjadi SANGAT EMOSI/EMOSIONAL di samping pasangan anda dalam bentuk negatif dan merosakkan diri.”Letusan emosi ni boleh berlaku tanpa disedari dan sekejap saja pun dah cukup untuk merosakkan segalanya.Sesuatu masalah yang besar pada anda, amat mengganggu dan tependam, bila dikeluarkan dengan ‘letusan emosi’ sebegini mampu merobohkan perhubungan anda MUNGKIN selamanya!Apa pulak kaitannya dengan bagaimana lelaki bertindak balas?Sebenarnya, membuat perkara seperti ini menunjukkan kepada lelaki/pasangan anda bahawa anda mempunyai masalah Emosi Yang Tidak Terkawal. Tidak ada perkara lain yang boleh menakutkan lelaki selain dari mempunyai pasangan yang dilihatnya mempunyai emosi yang negatif.Saya cerita sikit ya..Katalah anda ‘dating’ dengan lelaki yang anda minat, anda selesa dengannya, perasaan positif, kepercayaan, idea serta harapan tentang arah tuju dan masa hadapan perhubungan wujud dalam diri.Perkara macam ni biasa berlaku.Perasaan positif yang dirasakan ini selalunya amat membantu anda untuk melihat jauh kehadapan melangkaui perasaan TAKUT dan negatif yang wujud dalam diri akibat kenangan buruk perhubungan/cinta yang lalu dengan lelaki.Perasaan positif ini juga menjadi pendorong untuk anda ‘mencuba’ mempunyai pasangan dan hubungan baru.Dalam keadaan ini, kemungkinan anda berkata pada diri;“Kali ni perhubungan aku ni amat berbeza dari dulu”“dia ni lain la, tak sama macam yang dulu, dia tak mungkin buat perangai macam pasangan yang lepas..”“aku sekarang ni dah makin matang, takkan benarkan lagi perngalaman buruk lepas berulang, ini masa untuk cinta sebenar..”Tapi hakikatnya anda tak berubah apa pun. Yang berubah hanyalah masa dan situasi.Dalam diri anda masih lagi wujud dan bertapak perasaan TAKUT dikecewakan, pengalaman buruk cinta lama berulang dan perkara negatif lain yang dilalui dengan pasangan lepas.Bila tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan anda yang baru ni, pasti akan berlakunya perselisihan faham atau konflik. Pada masa inilah, tanpa disedari, anda rasa ada sesuatu yang tak kena dengan perhubungan ini. Anda rasa seperti keliru. Konflik yang kecil pun boleh jadi besar.Dalam keadaan ini, segala perasaan negative dan TAKUT kesan pengalaman cinta lalu yang bertapak dalam diri mula muncul semula.Anda dah mula berfikir;“Ahh..lelaki semua sama je, pentingkan diri!”“Lelaki baik memang dah takde dah..”“Agaknya memang dah takdir aku ke asyik jumpa lelaki yang macam ni..”“Leceh bercinta-cinta ni, kahwin jer terus, lepas tu cerita lain kalau nak bercinta pun..”Dan macam-macam lagilah yang anda sendiri pun mungkin tau.Untuk pengetahuan anda, fikiran yang semacam ini MENGARUT!Perasaan negatif ini adalah hasil dari KETAKUTAN. Dari perasaan takut inilah timbulnya segala sifat dan fikiran negatif yang menutup sifat positif dan optimis yang wujud dalam diri terhadap perhubungan anda yang membantu mencipta suasana dan perhubungan bahagia.Bila datang sifat negatif hasil perasaan takut itu, anda tak dapat mengawal emosi anda.Bila ini berlaku, ia merupakan resepi untuk menjauhkan lelaki yang PALING mujarab sekali!Lelaki TAKKAN mahu terlibat dalam sesuatu perhubungan dengan wanita yang di awal perhubungan sangat optimis dan boleh mengawal emosi tetapi sebaliknya terjadi bila konflik melanda.Kita lihat ya, bila wanita nampak/rasa lelaki mula tiada komitmen setelah perhubungan semakin intim, lelaki seolah-olah semakin jauh, wanita mula ‘gelabah’.Bila lelaki tak jawab panggilan atau kelihatan menarik diri dalam perhubungan, wanita mula berasa bimbang, sedih, kecewa dan mula bertindak mengikut perasaan takut tersebut.Bila wanita mengesan/merasa lelaki tak berkongsi perasaan yang sama bila berlaku masalah atau lelaki seolah-olah tak berkongsi kesedihannya, perasaan tak selesa timbul dan rasa seolah-olah lelaki tak sayangkan mereka.Apa yang saya nak sampaikan di sini, kalau anda benarkan diri anda terlalu mengikut emosi, benarkan ketakutan dalam diri menguasai anda dalam situasi atau konflik bersama lelaki/pasangan anda, dalam masa sama bergantung kepada dia untuk menstabilkan/kestabilan perasaan dan emosi anda, anda merosakkan segalanya..JAMIN!Lebih teruk lagi, anda cuba bercakap dengan pasangan dan meluahkan semua perasaan dan ketakutan anda tentang perhubungan dalam keadaan emosi menguasai diri.Anda buat macam ni, dah sah menjahanamkan perhubungan anda!Tapi mungkin anda kata, “Biasa la, wanita memang lembut hati, senang tersentuh dan adakalanya emosi ni mungkin bagus. Perasaan pulak, kan ada masanya kita kena ambil kira contohnya perasaan boleh bagi tau sesuatu kalau ada yang tak kena.”Lagi satu, “Bukan ke perasaan dan emosi membolehkan kita merasai pengalaman dalam hidup, manis bercinta dan sebagainya dengan lebih dalam dan sepenuh hati?”Lagi, “Bukan ke kalau kita tak pedulikan atau cuba mengelak dan mengubah perasaan sendiri tu akan mengubah diri kita yang sebenar?”Ok..saya terangkan..Emosi ni ada dua. Satu positif yang berdasarkan ‘kegembiraan’ dan ‘negatif’ berdasarkan ketakutan.Emosi positif membuat anda rasa selesa, lega, gembira dan negatif membuatkan anda rasa tertekan, sedih, kecewa, takut dan sebagainya.Pernah tak anda rasa kecewa, marah, sedih bila anda hanya nak pasangan mendengar dan bagi perhatian tentang apa yang anda nak cakap tapi dia macam tak sepenuh hati mendengar. Dia nampak seolah-olah ambil ringan, macam nak tak nak jer, lebih teruk lagi dia macam buat bodoh.Lepas tu anda kecewa dan rasa marah seolah-olah anda diperlakukan macam orang lain, bukan pasangan atau kekasih/isteri.Kalau pernah lalui..ada sesuatu saya nak ajarkan pada anda..Emosi ni boleh ‘merebak’, ‘berjangkit’ macam virus.Dengan kata lain, bila anda beremosi, perasaan tu mudah dipindahkan kepada orang yang anda sedang berkongsi cerita tu. Lagi kuat perasaan dan emosi, lagi banyak ia dipindahkan dan boleh mempengaruhi dan memberi kesan terhadap orang lain walaupun pada masa tu tahap emosi dia ‘membina’, positif dan tahap emosi anda pula negatif dan ‘memusnahkan’.Bila emosi jadi terlalu tinggi dan kuat, ia akan mengambil alih fikiran dan diri anda. Hasilnya tingkahlaku dan perasaan anda dipengaruhi.Saya bagi contoh, anda tengok filem sedih, sedih sangat sampai anda pun rasa sedih sama sehingga menitiskan air mata. Emosi sedih pelakon dalam filem tu dapat dirasai anda sebagai penonton dan mempengaruhi perasaan anda. Ini contoh yang mudah saja macamana emosi berjangkit dan boleh dipindahkan.Dengan lelaki/pasangan pula, bila anda rasa semakin intim, dekat dengan dia, dia pulak kelihatan semakin jauh dan seolah-olah meninggalkan anda, ini membuatkan anda takut, ‘gelabah’ dan bimbang.Bila ia semakin kuat, emosi tersebut ‘menjadi anda’, dan anda bertindak di luar kawalan hasil dorongan emosi itu secara sedar atau tidak.Emosi boleh ‘menipu’ dengan cuba menjadikan anda mengawal pasangan supaya anda rasa selesa seperti sediakala.Seterusnya, dari sepatutnya anda nak berkomunikasi dan bercakap tentang apa yang anda rasa dan apa masalah anda, anda tanpa sedar telah cuba membuatkan pasangan anda MERASA kekecewaan dan kemarahan anda tu.Pada masa tu anda rasa semuanya telah dikeluarkan, rasa lapang dada dan lega kerana apa yang terbuku di hati dah dihamburkan tetapi ia hanya kelegaan untuk masa pendek dan sekejap sahaja

Kesilapan Wanita

Kesilapan Wanita Lakukan Yang Menyebabkan Lelaki Meninggalkan Mereka
Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya. Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Membuatkan Lelaki Mencintai Anda… HANYA Anda Sahaja Selamanya?”Adakah anda ingin mengetahui cara “Bagaimana Untuk Menjadi Wanita Yang Mempunyai “Kuasa” Mempengaruhi Lelaki”.. dan lelaki akan dengan “rela” membenarkan anda mempengaruhinya dalam masa yang sama?Jika begitu, saya ada berita baik untuk anda. Sekiranya anda masih lagi “single”, ingin mencari pasangan, sedang bercinta, atau ingin menyemarakkan lagi api cinta di dalam perhubungan, atau juga perkahwinan anda, tunggu pelancaran Ebook saya dalam masa yang terdekat ini.Dalam Ebook ini saya akan terangkan kepada anda apa yang diketahui oleh wanita-wanita yang cemerlang dalam perhubungannya. Mereka seolah-olah mempunyai karektor-karektor tertentu yang tanpa henti memukau lelaki dalam hidupnya. Saya akan terangkan bagaimana untuk anda mampu berfikir dan bertindak seperti wanita-wanita ini.Ebook ini ditulis untuk anda lakukan “apa yang boleh dijayakan dan berhasil”. Dengan “meningkatkan diri anda”, anda akan mampu mempengaruhi pasangan atau menarik dan bertemu dengan seseorang yang istimewa dalam hidup anda.Ini adalah berkenaan perubahan positif yang boleh anda lakukan terhadap diri anda yang akhirnya akan membawa kepada perubahan yang positif juga terhadap perhubungan anda. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada komunikasi yang lebih baik, keintiman yang bertambah, dan juga kefahaman tentang bagaimana sesuatu masalah itu boleh timbul.Antara kandungan Ebook saya nanti ialah:# Bagaimana caranya untuk menggunakan sifat “feminin” anda untuk melemahkan, menembusi sistem pertahanan dalam hatinya dan jadikan dia seorang lelaki yang sensitif dan amat penyayang terhadap anda – seperti yang anda inginkan selama ini.# Bagaimana untuk mengelakkan luka lama di hati daripada mensabotaj peluang anda untuk mendapatkan dan mempunyai sebuah perhubungan yang berjaya.# Bagaimana untuk membuat seorang lelaki rasa difahami oleh anda. Kuasai rahsia ini dan anda boleh minta hampir apa sahaja dari pasangan anda – dan dia dengan sukarela memberikannya.# Bagaimana dengan hanya menjadi diri anda sendiri, anda tetap akan disayangi dan dicintai!# Kenapa sesetengah wanita tanpa sedar menolak lelaki yang baik atau sentiasa memilih lelaki yang tidak baik – Kenali perbezaan di antara dua perkara yang saya jelaskan supaya anda tidak lagi membenarkan diri anda untuk tersalah pilih lelaki.

Lelaki Idaman Wanita

Tentang Lelaki Idaman Wanita
Apakah ciri-ciri lelaki idaman wanita? Saya cukup pasti setiap wanita secara individu mesti ada ciri-ciri khusus tentang lelaki idamannya dan ciri-ciri itu pula hampir tidak banyak bezanya jika dibandingkan dengan wanita lain secara keseluruhan.Okay, ciri yang biasanya bagi wanita tentang lelaki idaman mereka ialah:Beriman(bagi mereka yang beragama Islam), romantik, pembersih, bijak atau berilmu, mempunyai pendapatan tetap atau stabil, kelakar atau lucu, tak kedekut, “handsome”, sihat, peramah, menghormati orang tua dan keluarga, boleh/mampu memimpin wanita, tak cemburu buta, tak mengongkong, dan banyak lagilah.Namun, seperti biasalah, bila dah dapat lelaki idaman yang memenuhi ciri-ciri diidamkan dan menjalinkan perhubungan cinta, tiba pada tahap tertentu dalam perhubungan masalah timbul. Di awal perhubungan semuanya indah, semakin hubungan berkembang dan masa berlalu konflik pasti akan wujud. Di sinilah masalah bermula.Ingat ya, “ Perhubungan yang sebenar hanya bermula selepas berlakunya konflik di antara pasangan”. Konflik “pertama” yang terjadi di dalam perhubungan anda itu, dan juga seterusnya boleh dijadikan ukuran adakah pasangan anda itu adalah lelaki idaman anda.Macamana tu? Okay, nak tahu adakah lelaki idaman anda tu benar-benar lelaki idaman ialah anda perhatikan semasa dia tengah marah. Marah tu bukanlah marah biasa-biasa saja tapi sesuatu perkara yang memang membuatkan dia marah sehingga nampak macam nak meletup. Pada masa itulah anda boleh lihat cara dia menguruskan emosinya. Pada masa itulah anda dapat lihat adakah dia mampu mengawal dirinya dan cara dia menguruskan keadaan.Adakah dia terus merajuk? Terus tidak mahu bercakap dengan anda berjam-jam atau berhari-hari lamanya?Adakah dia memaki hamun anda dan mengeluarkan perkataan kasar yang anda tidak langsung terfikir akan keluar dari mulutnya terhadap anda?Adakah dia akan terus mengamuk, memaki-hamun, menendang apa yang ada di sekelilingnya, dan tidak cukup dengan itu, mengherdik dan mengugut anda, atau mungkin juga menampar, menumbuk, dan mencederakan fizikal anda? (ramai wanita merasai pengalaman seperti ini bersama “lelaki idaman” mereka).Atau, dia sedar dia marah, dan cuba sedaya upaya “cool”kan dirinya. Dia dapat mengawal diri dengan baik walaupun anda sedar dia memang tengah “mendidih”. Kemudian dia akan cuba menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Mungkin juga dia minta masa untuk dirinya bersendiri buat seketika sebelum menyambung kembali komunikasi dengan anda untuk menyelesaikan konflik. Walaupun dia ambil masa sikit untuk menangani konflik yang berlaku, namun tindakannya membuatkan anda rasa selamat.Ya, saya kata “selamat”. Apa yang sebenarnya membuatkan seseorang lelaki itu menarik, ialah dia berkeupayaan untuk membuatkan pasangannya berasa selamat. Bila digabungkan iaitu dia mampu membuatkan anda berasa selamat dan juga istimewa, maka dia bukan sahaja lelaki idaman anda, malah lelaki idaman semua wanita!Adalah mudah bagi lelaki untuk membuatkan wanita rasa dihargai dan “special”. Tetapi tidak mudah bagi semua lelaki untuk melayan wanita/pasangannya dengan baik, dengan “beradab” bila lelaki tersebut sedang benar-benar marah. Berasa diri dihargai, istimewa, tidak sama langsung dengan berasa diri selamat.Tindak balas atau respon bila dia marah akan menentukan sebanyak mana anda rasa selamat berada di sampingnya dan tanpa pengetahuan anda tentang perkara ini, anda mungkin tidak akan mampu untuk mempercayainya seperti mana yang dia inginkan.“Mampu Memimpin Saya”Ini adalah satu lagi ciri lelaki idaman hampir setiap wanita. Lelaki yang mampu memimpin. Ramai wanita setuju kalau dikatakan suami adalah pemimpin dalam sebuah keluarga. Memimpin pula boleh dikatakan membawa isteri/pasangan ke arah jalan yang benar. Memandu pasangan supaya jadi seorang yang baik, berbudi pekerti, menjaga maruah pasangan/isteri, dan sebagainyalah.Dari sudut lain, bila wanita menyatakan antara ciri lelaki idamannya ialah lelaki yang boleh memimpin dirinya, secara tidak langsung dia telah meletakkan kebahagiaannya di atas tangan orang lain. Bila dia mendapat pasangan/bf/suami, maka dengan harapan yang tinggi menggunung semoga lelaki idamannya itu akan menjadi penunjuk arah dalam hidup dan pelindung dirinya.Dalam dunia hari ini, banyak perkara tak diduga berlaku. Setelah menjadi pasangan, wanita didera, dihina, dan “dipimpin ke arah yang benar” oleh pasangannya – dari menutup aurat kepada membuka aurat, dari dilindungi maruah kepada dicabul maruah, dan sebagainya.Soal pokok dan utama di sini, anda sebagai wanita perlu menjadi pemimpin kepada “diri anda sendiri” sebelum membenarkan pasangan/suami memimpin anda. Menjadi pemimpin kepada diri anda sendiri terlebih dahulu membolehkan anda menjadi seorang wanita yang kuat dan jitu semangat, jiwa dan raga sekaligus membuatkan pasangan anda kagum dan bangga memiliki anda sebagai pasangan.Pastikan bukan si dia seorang sahaja yang memimpin anda, kerana perhubungan yang sentiasa indah dan cinta sejati adalah berkonsepkan kedua pasangan sentiasa beriringan dalam memimpin di antara satu sama lain.

6 Jenis

6 Jenis Wanita Yang Mudah diTipu Lelaki.
1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.Dah sayang la katakan… jadi apa sahaja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah seratus peratus. Bukan maksud saya percaya separuh-separuh atau percaya pasangan jangan sampai 100%, tetapi maksud saya mudah percaya yang membuta-tuli dan menerima apa sahaja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras adalah amat tidak wajar.Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gaji bulanannya sebanyak RM1000.00 sebulan bersih(dah ditolak KWSP dsb.). Anda pula memang tahu status kewangan dan “pattern” perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil-bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup sahaja.Satu hari dia membelikan anda cincin emas berharga RM700.00. Anda tanya, “Mana dapat duit?”. Dia kata, lama dah simpan khas untuk “surprise”kan anda. Oklah, boleh terima.Bila anda tengok pakaiannya pula berjenama. Dia mula “shopping sakan” dan anda pun dia belikan bermacam barangan lagi. Anda tanya lagi, “Mana dapat duit?”. Dia kata, “ada la “bisnes” dengan kawan...” Anda pun percaya terus… Soalan di sini, dalam senario di atas, tidakkah anda rasa musykil dan bermacam soalan lagi bermain dalam kotak fikiran tentang jawapan mudah seperti itu? Atau anda tergolong dalam wanita yang terus percaya 100% tanpa banyak soal lagi?Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah. Percaya secara total dan “semborono” boleh meletakkan anda dalam bahaya.Contoh dalam senario di atas tadi, menjadi rakan kongsi untuk mengedar dadah adalah maksud sebenar dia berkenaan ayat, “ada la bisnes dengan kawan…”.Kalau ini berlaku… macamana?2. Wanita yang “terdesak” untuk berkahwin.Umur yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.Kerisauan terhadap faktor umur yang meningkat, tekanan ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika kahwin lewat mampu menyebabkan sesetengah wanita seolah-olah “terdesak” untuk mencari pasangan hidup.Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya secara tidak langsung membawa maksud mereka sudah mempunyai tahap kewangan yang stabil.Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!3. Wanita “sosial”.Ini bukan sosial dari segi terlibat dengan Mercy Malaysia ke, persatuan wanita di kawasan anda ke, atau perkara yang seumpamanyalah.Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..”. Fahamkan maksud saya?Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita.Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.Tepuk dada, tanya selera!4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal. Bukan itu sahaja. Kalau itu yang dijadikan ukuran wanita berilmu, kenapa masih terlalu ramai wanita yang ditipu, dihina, dipermainkan, dan sebagainyalah oleh lelaki yang berbahaya?Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita dan sebagai seorang isteri. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan/perkahwinannya terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.Wanita seumpama ini mampu menjadi pasangan/isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan/suaminya sendiri dan mempunyai segala sifat sebagai seorang yang cemerlang.Wanita seperti ini, sentiasa cintakan ilmu. Sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu selagi hayat dikandung badan. Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati?Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda sebagai wanita perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”?Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak!Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati berulam jantung”, atau mungkin juga dah sampai tahap “makan tangan berulam kaki”. Dia didera(fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan/suaminya namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan.Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Lelaki

Tentang Lelaki | Rahsia Lelaki
Maksud perkahwinan atau perhubungan yang bahagia kepada seseorang lelaki. Bertemu dengan wanita yang betul atau kata lain…Miss Right yang sanggup berusaha memahami dia dan apa yang dilalui olehnya dalam peringkat hidup yang berbeza. Kalau dia diberi pilihan antara anda dan wanita yang lain…PASTI dia pilih Miss Right! Jadi kalau anda rasa nak dapatkan atau jadikan pasangan anda Mr Right… adakah anda juga seorang Miss Right?Ex-Boyfriend Anda? Itu Sejarah!!Seboleh-bolehnya jangan langsung anda bercerita tentang ex-boyfriend anda. Ingat ya, walaupun dia bertanya tentang ex-bf anda, katakan itu semua sejarah. Tidak penting dan anda telah pun melupakan hal yang lepas. Katakan padanya hanya dia sahaja yang amat bermakna dan menjadi keutamaan anda sekarang. Katakan juga fokus anda sekarang hanyalah dia dan masa depan anda bersama dia. Kesannya bila terlibat dalam perbualan tentang perhubungan lepas anda dan juga ex-bf dengan pasangan anda adalah amat berbahaya! Selalunya “tercebur” dalam topik seperti ini mampu mengubah “mood”nya dan boleh berakhir dengan perselisihan faham. Lelaki ingin tahu dan mengetahui HANYA dia sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan dalam hidup anda. Lagi pun, apa yang pentingnya nak bercerita tentang ex-bf? Nama pun “ex”.Masih Simpan Barang/Hadiah Ex-Bf Sebagai Kenangan?Okay, ini mungkin juga sensitif bagi kebanyakan wanita kalau saya katakan TIDAK perlu anda simpan apa pun barang-barang yang menunjukkan wujudnya kaitan di antara anda dengan ex-bf atau perhubungan anda yang lepas. Mungkin gambar-gambar lepas bersama ex-bf ke, atau hadiah yang anda terima dari ex-bf ke, malah apa sahajalah yang ada dalam simpanan anda yang boleh dan mampu mengingatkan kembali dan ada kaitan dengan perhubungan yang lepas.Pada kebanyakan wanita apa salahnya? Bukan apa pun, “just buat kenangan jer”. Mungkin juga, “ Teddy Bear tu cantik sangat, mahal pulak tu, sayang nak buang”, atau mungkin juga wanita berkata, “laa..takkan la tak boleh nak simpan, bukan maksud tak sayang pasangan sekarang ni, itu hal lepas.. hal lepas tu hal lepas la, tak penting dah. Lagi pun sayang nak buang album tu, cantik”.Kalau bf/pasangan anda sekarang tak kisah, “so its okay”. Namun demikian, kebanyakan lelaki TIDAK suka. Kenapa? Kerana barangan itu semua menunjukkan kepadanya bahawa ex-bf anda MASIH lagi wujud dalam hidup anda! Dan ini membuatkan lelaki(kebanyakan ya, tidak semua. Ada juga lelaki yang tidak kisah.) amatlah tidak selesa.Lelaki ingin tahu HANYA dia sahaja wujud dalam fikiran dan hidup anda. Bila dia tahu dan pasti tentang hal ini, dia akan dengan selesanya dan tanpa ragu-ragu membuka hatinya dengan rela untuk mencintai anda sepenuhnya. Jangan Merungut!Lelaki TIDAK bertindak balas dengan rungutan atau wanita yang bercakap banyak atau “membebel”. Kalau anda tergolong wanita jenis ini, dah boleh persiapkan diri untuk mengubah sikap anda. Merungut dan membebel akan membuatkan lelaki berasa anda bersaing dengannya. Kebanyakan lelaki akan bertindakbalas dengan tindakan yang hampir sama sekiranya wanita merungut atau membebel terhadapnya. Sekiranya ini terjadi, kedua-dua pihak, anda dan pasangan juga yang akhirnya akan terluka dan masalah tidak akan selesai malah bertambah kusut. Ingat, anda pasangannya, bukan lawannya. Untuk membuatkan lelaki mendengar apa yang anda kata dan luahkan BUKAN dengan rungutan dan “membebel”. Apa yang anda perlukan, ialah dengan menggunakan sifat “feminin” anda yang pasti akan membuatkan dia memberikan perhatian.
roninhttp://www.blogger.com/profile/13476574314704818862noreply@blogger.com
tag:blogger.com,1999:blog-3166251564870740479.post-3497680468878892362007-12-14T21:06:00.000+08:002007-12-14T21:08:23.534+08:00
Nak Buat Sex Sebelum Kahwin? Baca Ni Dulu!
Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna. Betul ke?Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku? Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan. Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.Saya pasti anda setuju!

Kecantikan Wanita

Rahsia Kecantikan Wanita
Artikel kali ini bukan tentang artikel-artikel cinta, tips-tips cinta atau tentang cinta dan perhubungan seperti artikel-artikel saya yang lain. Cerita hari ni lain sikit. Hari ini saya nak bagi tau “tips-tips kecantikan” yang boleh anda lakukan dan mendapatkan hasil yang cukup memuaskan!Memanglah saya ni bukan “beauty therapist” untuk wanita, namun apa yang saya perhatikan, ramai wanita cukup bersusah-payah untuk kelihatan cantik jelita, namun masih juga tidak puas hati dengan hasilnya, walaupun banyak masa dan wang ringit telah habis dibelanjakan. Jadi tak mahu cerita banyak, baca, faham dan buat! Kemudian anda tengoklah hasilnya.1) Uruskan Tekanan.Ini tips pertama dan cukup penting. Walaupun ramai dah tahu, saya tetap nak bagitau jugak. “Stress” atau tekanan, atau lebih teruk daripada itu dipanggil kemurungan(depression), akan menyedut segala tenaga dari tubuh anda. Bila anda berada dalam keadaan tertekan apatah lagi tekanan itu berterusan dalam jangkamasa yang panjang sehingga sampai ke peringkat kemurungan, tenaga yang digunakan oleh bahagian tertentu otak anda untuk “menekan” tekanan itu dan menstabilkan emosi supaya tidak bertambah teruk akan menyebabkan fizikal anda tidak mendapat tenaga yang mencukupi. Ini sudah pasti memberi kesan ke atas fizikal anda. Ketahanan tubuh terhadap penyakit semakin berkurangan, kulit menjadi kering, kulit muka mula berjerawat dan susah nak hilang , dan yang paling berbahaya kesannya ke atas kecantikan anda iaitu – “air muka” anda tidak akan berseri.. Biasa tengok muka orang yang bermasalahkan? Walau secantik mana pun wajahnya, walau semahal mana pun “kosmetik” yang dia gunakan, tetapi bila anda perhatikan wajahnya seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Wajahnya tidak ceria walaupun dia cuba “menceriakan” dirinya. “Make-up”lah macamana pun, kecantikan sebenar tidak akan terserlah.Saya nak sentuh sikit dalam hal berkenaan tekanan dan kemurungan. Tekanan ni selalunya terjadi bila wujud perasaan tidak puas hati akibat sesuatu masalah atau perkara yang kemudiannya disimpan di dalam hati tanpa masalah tersebut diuruskan. Biasa dengar ungkapan “makan hati berulam jantung”? Selalunya ungkapan ini untuk siapa la agaknya ya, lelaki ke wanita? Yups, untuk wanita. Mungkin ada la seorang dua lelaki yang makan hati berulam jantung tapi tak pernah pulak saya jumpa (harap-harap tak jumpa!) Ok, bila sesuatu masalah itu disimpan di dalam hati, ia akan ditekan dengan cara cuba untuk tidak mengendahkannya, sebagai contoh seseorang itu berkata, “biarlah, perkara kecik je tu..”, atau jika anda dimalukan oleh pasangan di hadapan orang lain, mungkin juga hati kecil anda akan berkata-kata, “takpelah, sikit jer tu, dia tak sengaja nak buat macam tu agaknya..”.Ungkapan-ungkapan tersebut sebenarnya tidak lebih daripada cubaan untuk “menipu” hati anda sendiri supaya anda tidak berasa kecil hati. Sekali terjadi mungkin tidak apa. Sekiranya ia kerap terjadi, perasaan tidak puas hati semakin bertambah dan bila anda pula berterusan menekan perasaan itu yang semakin lama lapisannya makin menebal, tekanan yang semakin bertambah hasil daripada perasaan tidak puas hati yang asyik ditekan itu akhirnya bertukar kepada peringkat yang lebih teruk iaitu kemurungan (depression). Tahap kemurungan ini boleh dikatakan masalah tekanan perasaan yang kronik, mampu menjejaskan mental dan fizikal. Apa yang pasti di tahap ini bantuan professional diperlukan. Dari keterangan ringkas ini, anda perlu faham di antara cara untuk mengelakkan tekanan ialah JANGAN menekan perasaan tidak puas hati anda. Anda perlu belajar bagaimana untuk membuatkan hati anda sentiasa terpelihara daripada disakiti dan bagaimana untuk meluahkan apa yang anda rasa supaya hati anda bebas daripada tekanan. “Make-up”, kosmetik yang berjenama, vitamin-vitamin atau makanan tambahan yang anda ambil walau sebanyak mana pun hanyalah tidak lebih sebagai “bantuan” kepada fizikal anda supaya kelihatan sihat, bertambah cantik dan menarik. Ia bukanlah medium utama yang menjadikan anda kelihatan cantik dan jelita.Bebas dari tekanan dan kemurunganlah yang akan membuatkan kecantikan seseorang wanita itu terserlah di wajahnya. Hati yang bebas dari tekanan dijelmakan pada tubuh badan dan menjadikan wajah berseri, ceria, dan bersinar. Bebas dari tekanan juga bermakna anda mudah untuk menjadi seorang yang berfikiran positif dan mempunyai keyakinan yang kuat terhadap diri sendiri – sifat yang akan membuatkan anda cukup menarik pada pandangan lelaki.2) Yakin Pada Diri Sendiri.Wanita yang mempunyai keyakinan terhadap dirinya sendiri akan memberi gambaran kepada lelaki bahawa dia adalah seorang wanita yang berpendirian. “Aura” yang terpancar darinya memberitahu lelaki bahawa wanita seperti ini adalah seorang yang matang. Wanita matang tahu bagaimana untuk menjaga dirinya, bagaimana untuk bergaul dengan sesiapa sahaja dan boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan dan di mana juga dia berada. Wanita yang matang sentiasa pentingkan ilmu, jika tidak mana mungkin dia boleh menjadi seorang wanita yang matang, betul?Wanita yang matang berfikiran kritis dan bijak menangani masalah dalam perhubungan. Keyakinan yang wujud padanya membuatkan lelaki sentiasa berasa selesa sewaktu berdamping dengannya. Ramai wanita tidak berasa yakin kepada diri sendiri. Walaupun kadangkala mereka kelihatan seolah-olah seorang wanita yang positif dan berkeyakinan, namun ramai yang cuba menyembunyikan perasaan ragu-ragu terhadap diri mereka sendiri.Perkara yang selalunya ditakuti oleh wanita seperti ini ialah merasakan diri mereka tidak berguna, bodoh, tidak disayangi, bersikap pelik, dan juga mempunyai wajah atau fizikal yang tidak cantik. Semua ketakutan dan kerisauan seperti ini selalunya tertanam jauh dalam “bahagian luar sedar” (unconscious side) dirinya sehinggalah wanita itu rasa “terbuka”, dan sekali dia membuka hatinya, semua perasaan yang indah, perasaan takut serta risau tersebut akan muncul sekaligus.Lagi satu perkara yang penting di sini, selalunya wanita yang ragu-ragu atau tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri sering menarik lelaki berbahaya kepada mereka tanpa mereka sedari. Kenapa saya cakap macam ni? Lelaki berbahaya, katalah “jenis buaya” yang sentiasa ingin mendapatkan wanita hanya dengan tujuan sex sahaja, tidak akan berani untuk cuba memikat wanita yang mempunyai keyakinan diri yang teguh. Lelaki jenis ini tahu wanita itu sukar untuk dipengaruhi kerana berpendirian kuat dan tidak mudah “dikelentong”. Kalau diperhatikan, wanita yang ragu-ragu dan tidak yakin dengan diri sendiri itu lebih mudah terpedaya dengan lelaki “species” syaitan ini.Oleh itu, anda perlu belajar bagaimana untuk mempunyai keyakinan terhadap diri anda sendiri tetapi anda perlu ingat, jangan pula sampai “over-confident” dan menyebabkan diri menjadi sombong. Itu bukanlah maksud dan idea saya tentang yakin kepada diri sendiri.Bila keyakinan terhadap diri sendiri itu wujud, ia akan diserlahkan dalam bentuk karektor, sifat, peribadi, dan juga tindak-tanduk anda. Pada masa inilah, kecantikan anda yang sebenar akan terserlah. Wajah anda pasti akan berkali ganda cantik dan menarik berbanding sekarang walaupun hanya dengan berpakaian dan menggunakan solekan yang “simple”.Hakikat sebenar kecantikan itu bukanlah diukur hanya dari segi pandangan terhadap fizikal sahaja. Kecantikan fizikal hanya bersifat sementara dan memberi tumpuan hanya untuk menampilkan kecantikan fizikal sahaja akan membuatkan seseorang wanita itu akhirnya menjadi “penat”.Saya hanya terangkan secara ringkas tentang dua perkara ini sahaja pada artikel kali ini. Kenapa? Sebabnya kalau dua perkara ini pun anda tidak dapat lakukan, kenapa anda perlukan cara yang lain?Walau apa pun, cuba buat 2 perkara ini dahulu, kemudian perhatikan dalam masa 3 bulan yang akan datang, anda akan mula mendengar rakan-rakan, saudara-mara, pasangan anda atau mungkin juga sesiapa yang anda tidak sangka-sangka berkata kepada anda, “Wah, makin cantik la kau sekarang.. makin berseri nampak! Apa rahsia?”.Saya pasti hati anda akan tersenyum!

Cara Menawan Hati Lelaki

“Bagaimana untuk Menawan Hati Lelaki, Membuatnya Jatuh Cinta, Jujur, dan Kekal Setia, Hanya Kepada Anda Sahaja… Selamanya!”

Rahsia Memahami Segalanya Tentang Lelaki – dan Gunakan Ia Untuk Kebahagiaan Anda!



Bila melibatkan perhubungan anda dengan lelaki, mana satu di antara berikut yang anda sering katakan?

“Kenapa dia tak telefon?’

“Macamana aku nak jumpa lelaki yang betul-betul sesuai?”

“Kenapalah aku ni selalu “dating” dengan lelaki yang teruk?”

“Apa salah aku?”

“Kenapa wanita lain nampak bahagia sangat dengan pasangan dia, hubungan aku asyik sepi, boring dan tak terisi?”

“Kenapalah susah sangat nak faham lelaki ni, kalaulah aku dapat faham lelaki ni macamana…”

Kalau satu sahaja perkara di atas anda tandakan, apa yang akan saya terangkan seterusnya mungkin merupakan artikel terbaik yang pernah anda baca dan akan membuka mata anda.

Anda tidak berseorangan. Kebanyakan wanita sama ada yang masih bujang, berpasangan, atau sudah berkahwin – biasa terfikir dan bertanya tentang soalan-soalan di atas. Sebab utama dan sebenar kerisauan terhadap perkara ini ialah hanya kerana mereka tidak faham tentang lelaki.

Adakah anda sedar, anda sebagai wanita, dengan nilai-nilai dan sifat feminin, di tangan anda terletak kuasa yang sangat hebat, yang mampu membuatkan lelaki jatuh cinta, mampu mempengaruhi lelaki mengikut cara pemikiran anda, menundukkan dia (bukan membodohkan dia!), dan membuatkannya ingin menghabiskan sepanjang masa dalam hidupnya hanya untuk bersama dengan anda – memenuhi segala permintaan dan apa yang anda inginkan dengan relanya?

Ya, benar! Ini bukan cerita rekaan semata-mata. Ini bukan cerita kosong atau fantasi. Anda boleh memperolehi sebuah perhubungan yang sihat, penuh dengan cinta, kemesraan, dan kasih-sayang. Paling menariknya, anda boleh jadikan ia satu realiti dengan mudah sekali dan tanpa usaha bertungkus-lumus yang memeningkan kepala hanya dengan menjadi diri anda sendiri – BUKAN meniru, membentuk, atau cuba mengubah diri anda sebagai orang lain dengan tujuan untuk membuat pasangan anda terpikat – seperti ramai wanita lakukan.

Bila anda membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan temui bagaimanakah cara yang akan membolehkan anda menghidupkan kuasa yang sememangnya wujud di dalam diri anda, sama ada ingin menggunakannya untuk menceriakan dunia percintaan anda, untuk berkahwin, atau pun untuk menyemarakkan lagi cinta, kasih-sayang dan kemesraan di dalam perkahwinan anda.

Cara yang akan saya dedahkan kepada anda bukan berdasarkan teori, majalah-majalah berkenaan wanita, buku atau novel cinta, buku-buku “self-help”, mahu pun buku-buku motivasi dan psikologi yang begitu rumit dan berbelit-belit. Tidak seperti sumber-sumber lain yang mendakwa mampu membantu anda untuk memahami lelaki, strategi dan teknik saya adalah berdasarkan maklum balas sebenar dari ramai wanita yang telah menggunakannya dan menghasilkan kejayaan yang amat drastik dalam perhubungan mereka dengan lelaki.

Sekarang, anda boleh ketahui apa yang strategi saya ini mampu lakukan untuk anda. Tidak kiralah sama ada anda seorang…

Wanita yang masih “single” dan ingin menarik “Mr Right” atau lelaki yang terbaik untuk anda – atau ingin menggunakannya untuk meningkat dan menambahkan lagi keceriaan dalam kehidupan sosial anda.

Wanita yang selalu “dating”, berkenalan dengan lelaki, tetapi mendapati begitu sukar untuk meneruskan dan mengekalkan perhubungan.

Wanita yang sedang bercinta, ingin berkahwin, menunggu pasangannya untuk menyatakan, “saya nak masuk meminang awak”, namun kelihatan seolah-olah sukar untuk pasangan menyatakan demikian.

Wanita yang telah berkahwin, ingin menyemarakkan api cinta dan kasih sayang serta meningkatkan dan menikmati perhubungan yang lebih intim dengan suaminya.

Pasangan Cemerlang

Rahsia Cinta Pasangan Yang Cemerlang.

Pasangan Yang Cemerlang – Semua orang yang berpasangan ingin mempunyai sebuah perhubungan yang sentiasa ceria, kukuh, mantap, penuh dengan cinta dan romantik, dan juga kalau boleh tidak berlaku konflik di dalamnya. Namun “tradisi” dalam perhubungan itu sendiri tidak memungkinkan ia bebas dari berlakunya perselisihan faham, “bermasam-muka”, terasa hati dan “perkara-perkara yang sewaktu dengannya.”

Pasangan yang cemerlang bertengkar dengan bersebab. Mereka tidak bergaduh besar dan tidak terlalu mengikut emosi bila keadaan menjadi tegang. Pasangan yang tidak berfungsi dengan sempurna juga bertengkar atau mungkin tidak, tetapi apa yang pasti ada pada pasangan seperti ini ialah mereka menyimpan perasaan tidak puas hati dan selalunya membenarkan perasaan ini bertambah dalam diri. Masalah utama kepada setiap pasangan ialah perasaan tidak puas hati dan geram. Ia umpama barah yang merebak tanpa disedari dan mempengaruhi dalam tindakan dan perkara yang lain. Bila perasaan ini semakin terbina dalam diri, bertambah dan berkembang, ia mula memberi kesan ke atas persepsi kita terhadap pasangan. Trauma semasa kanak-kanak atau perhubungan yang lepas selalu juga menghasilkan perasaan geram/tidak puas hati yang ditujukan dalam sesuatu perhubungan yang baru.

Macamana seseorang boleh jadi seperti ini? Perasaan tidak puas hati adalah perasaan marah atau geram yang terkumpul atau bertambah secara perlahan-lahan dalam diri seseorang akibat daripada melakukan atau memberi sesuatu dengan berlebihan berbanding dari apa yang diperolehi. Memberi dengan berlebihan dari apa yang anda dapat semula adalah baik sekiranya ia berpada-pada. Namun, tiba pada satu masa ini akan membuatkan seseorang itu rasa ditipu atau dipermainkan.

Ramai wanita percaya bila seorang lelaki hadir dalam hidupnya, inilah masa untuk dia menerima. Dalam hati dia berkata, “Akhirnya, aku dah ada seseorang untuk menjaga, mengambil berat kepada aku seperti aku mengambil berat terhadap orang lain.” Hakikatnya lelaki itu tidak tahu pun bahawa dia sepatutnya mengisi segala kekosongan yang wanita itu ada dan fikirkan.

Anda perlu ingat perkara ini. Lelaki bukanlah satu kejadian yang dapat memahami diri anda dengan mudah. Sekiranya anda tidak memberitahu dan tunjukkan kepadanya bila dia melakukan sesuatu yang melukakan hati anda, kebarangkalian dia terus melakukan perkara yang sama itu tinggi kerana dia tidak tahu, tidak sedar yang dia telah melukakan anda. Ini pasti akan menambahkan lagi luka di hati anda kerana kelihatannya dia hanya “buat bodoh” seolah-olah tidak ada apa pun yang berlaku

Sebagai orang yang matang dan dewasa, konflik sentiasa dihadapi dalam sesuatu perhubungan intim dan istimewa. Kalau anda ingin berada dalam sesuatu perhubungan dan dalam masa yang sama anda tidak mahu mengambil risiko, anda perlu lupakan sahaja idea atau impian untuk berpasangan apatah lagi berkahwin. Terlibat dalam sebuah perhubungan sebagai seorang yang matang dan dewasa bermakna anda perlu dan mesti berhadapan serta mengambil risiko.

Ada masanya anda perlu berkata sesuatu, menunjukkan, dan menegaskan sesuatu perkara dan bertanya sesuatu soalan yang kelihatan seolah-olah memalukan atau melukakan pasangan anda. Sekiranya anda tidak mampu atau tidak boleh mengambil risiko dalam perhubungan bersama pasangan anda, sesuatu yang pasti, anda tidak mungkin jadi semakin intim dengannya. Tentang isu tertentu yang anda rasa pasti anda tidak perlu timbulkan, maka janganlah langsung anda timbulkan perkara tersebut.

Menekan/memendam perasaan marah memberi kesan ke atas bahagian yang paling penting dalam diri setiap wanita, HATInya. Ini adalah bahagian yang kita semua miliki dalam diri kita. Ia adalah separuh daripada psikologi kita yang dipanggil bahagian yang mempunyai tindakan luar sedar dan tugas utamanya adalah untuk melindungi dan membolehkan kita terus hidup.

Sewaktu kita kecil, bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu untuk kita terus hidup dan mendapat kekuatan. Bila kita rasa terancam, bahagian luar sedar ini mula bertindak sebagai pertahanan untuk keselamatan diri apatah lagi bila ibu bapa atau penjaga kita tidak melakukan sesuatu, HATI kita akan mula bertindak dalam mod untuk menyelamatkan kita.

Untuk menggambarkan perkara ini, andaikan anda berada dalam sebuah keluarga. Dalam keluarga ini, anda berasa seolah-olah tidak mendapatkan kasih-sayang (atau tidak difahami, tidak cukup selamat, dsb). Mungkin juga tidak mendapatkan kemesraan yang mencukupi. Dalam keadaan ini, hati anda perlu mencari jalan untuk menyelamatkan kanak-kanak yang masih tidak berdaya ini, supaya anda dapat mengharungi situasi yang seumpama itu. Terasa juga ingin mengadu kepada orang lain tetapi anda terfikir apakah yang mereka boleh buat? Akhirnya, hati anda meyakinkan anda yang anda sebenarnya tidak perlukan kasih-sayang sama sekali.

Dalam usaha untuk membuatkan anda rasa tenang, hati anda berkata, “Anda tak perlu rasa disayangi. Percayalah, anda akan ok tanpanya”. Hati anda perlu “menipu” anda dan meyakinkan anda bahawa apa juga kehilangan yang anda rasakan adalah tidak penting dan anda tidak perlu rasa kecewa. Ini membolehkan anda membesar dan dalam masa yang sama anda tidak sedar betapa sebenarnya anda sangat memerlukan kasih sayang dan belaian.

Kemudian, hanya untuk memberi peringatan kepada anda ya, keadaan ini akan meletakkan seolah-olah satu pagar kawat yang berduri di sekeliling hati anda supaya bila ada sahaja harapan yang anda rasa atau letakkan ke atas sesuatu atau seseorang, hati anda yang dipagari itu akan mengingatkan anda bahawa menaruh harapan hanya akan melukakan anda dan membuat anda kecewa. Bila saya katakan pagar kawat yang berduri, saya merujuk kepada perasaan yang kuat seperti ketakutan, keraguan, kekecewaan atau kelukaan.

Perkara seperti ini mungkin berjaya dilakukan dengan baik ketika zaman kanak-kanak dan kemudian anda pun dewasa. Semakin anda meningkat dewasa, sesuatu dalam diri anda mula berkata, “Tidak, sebenarnya aku inginkan satu perhubungan di mana aku disayangi, dibelai dan dimanja”. Jadi anda mula membenarkan orang lain mendekati anda dan sebagaimana dalam “dating”, perkenalan, percintaan, berpasangan, atau pun perkahwinan, pada peringkat awal hampir segalanya amatlah indah.

Namun demikian, perasaan yang indah ini mula membawa kembali kenangan dilukai dan kekecewaan yang telah anda lalui, iaitu kenangan semasa kecil dahulu bila anda mula menaruh harapan hanya untuk dilukai kemudiannya. Jadi pagar kawat yang berduri ini mula menjelma dan menaikkan dirinya di sekeliling hati anda dan tanpa sebab-sebab yang jelas, anda mula mensabotaj perhubungan anda sendiri. Dalam masa yang sama, pasangan anda terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apa salahnya dia?

Baiklah, dari perspektif hati anda, anda sedang dilindungi. Hati anda merasakan yang anda berkemungkinan akan dilukai sekali lagi. Walaupun anda bukan lagi kanak-kanak pada masa ini, perhubungan membuatkan anda “terdedah” seperti mana kita semua masih di zaman kanak-kanak. Sebab itu, bila kita terluka atau terasa hati, kita selalu bertindak primitif dan segalanya dirasakan bersifat peribadi. Ini sebabnya kebanyakan lelaki dilihat sukar untuk memberi komitmen dan kebanyakan wanita sukar untuk membenarkan seseorang mendekatinya atau mempunyai sebuah perhubungan yang berkekalan. Hati mereka percaya mereka masih lagi memerlukan perlindungan walaupun ini akan menjauhkan mereka daripada sebuah perhubungan yang mereka sangat inginkan.

Sekarang, macamana anda ingin mengetahui bagaimana sekiranya perkara seperti ini sedang berlaku dalam hidup anda?

Macamana keadaannya bila seseorang itu ada “pagar kawat yang berduri” seperti ini di sekeliling hatinya?

Macamana pula nak buat untuk “turunkan pagar kawat yang berduri” ini sekiranya wujud pada diri, pada hati anda supaya lebih mudah untuk anda mendapatkan sebuah perhubungan yang cemerlang?

cinta sejati menurut Kristen

Cinta Sejati menurut Kristen:


Adalah nafsu birahi yang ada antara laki-laki dan perempuan.


1.. Adanya tuhan ayah, tuhan ibu dan tuhan anak


2.. Tuhan ayah tidak menikah dengan tuhan ibu, tetapi punya tuhan anak
kandung


3.. Tuhan anak mengembara keliling dunia bersama dengan 2 (dua) pelacur
aktif sekaligus selama bertahun-tahun


4.. Di Hosea 1: 2, Hosea 3: 1 dan Hosea 4: 14, berbunyi: "Pergi main
pelacur, jadikan anakmu pelacur aktif dan kawini pelacur aktif"


5.. Disediakannya "Pelayan Suci Pelampiasan Nafsu Birahi"/pelacur suci di
setiap sekte di setiap gereja di seluruh dunia" yang mana para
pelayan-pelayan/pelacur-pelacur tersebut disekolahkah pada sekolah khusus
(ada sampai level S - 2 atau Magister) agar mampu memberikan pelayanan
pelampiasan nafsu birahi sesempurna mungkin


6.. Pelayan pelayan Suci Pelampiasan Nafsu Birahi/pelacur suci tersebut
menikah kepada Yesus (ada Sakramen/Ijab kabul dan ada Surat
Nikah/Testamennya), tetapi justru bersetubuh dengan laki-laki selain yesus


7.. Semakin berbakti dan setia serta sempurna melayani yesus, maka semakin
dahsyat sexnya dengan laki-laki lain dan semakin banyak laki-laki yang
dilayani oleh mereka

cinta sejati menurut islam

Cinta Sejati menurut Islam:

1.. Tidak rela yang dicintai menderita


2.. Rela berkorban apapun demi yang dicintai


3.. Memenuhi segala keinginan dari yang dicintai


4.. Tidak pernah memaksakan kehendak kepada yang dicintai


5.. Berlaku sepanjang masa


Cinta tersebut hanya ada antara Khalik dan Makhluk, cinta antara makhluk
harus ditambah syarat-syarat berikut:


6.. Cintanya tersebut karena Alloh S. W. T.


7.. Harus memenuhi segala aturan yang dibuat oleh Alloh S. W. T.


8.. Sex bukanlah cinta dan cinta bukanlah sex, tetapi sex adalah
bunga-bunga dari cinta dan hanya ada dalam pernikahan dan hanya dengan yang
dinikahi


9.. Cinta bukan uang atau harta atau duniawi, tetapi cinta membutuhkan
uang, harta dan duniawi.

hayati lah

Lirik

Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu


Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

cinta penjara

love songz

Monday, June 16, 2008

LOVE IS EVERYTHING


Pasangan yang sedang bercinta alami betapa hebat nya cinta suci



Dan kepada yang masih tercari-cari usah bimbang kerana cinta itu hak milik setiap makhluk di dunia ini



Selamat datang ke alam percintaan