CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 17, 2008

Lelaki

Tentang Lelaki | Rahsia Lelaki
Maksud perkahwinan atau perhubungan yang bahagia kepada seseorang lelaki. Bertemu dengan wanita yang betul atau kata lain…Miss Right yang sanggup berusaha memahami dia dan apa yang dilalui olehnya dalam peringkat hidup yang berbeza. Kalau dia diberi pilihan antara anda dan wanita yang lain…PASTI dia pilih Miss Right! Jadi kalau anda rasa nak dapatkan atau jadikan pasangan anda Mr Right… adakah anda juga seorang Miss Right?Ex-Boyfriend Anda? Itu Sejarah!!Seboleh-bolehnya jangan langsung anda bercerita tentang ex-boyfriend anda. Ingat ya, walaupun dia bertanya tentang ex-bf anda, katakan itu semua sejarah. Tidak penting dan anda telah pun melupakan hal yang lepas. Katakan padanya hanya dia sahaja yang amat bermakna dan menjadi keutamaan anda sekarang. Katakan juga fokus anda sekarang hanyalah dia dan masa depan anda bersama dia. Kesannya bila terlibat dalam perbualan tentang perhubungan lepas anda dan juga ex-bf dengan pasangan anda adalah amat berbahaya! Selalunya “tercebur” dalam topik seperti ini mampu mengubah “mood”nya dan boleh berakhir dengan perselisihan faham. Lelaki ingin tahu dan mengetahui HANYA dia sahaja yang menjadi fokus dan keutamaan dalam hidup anda. Lagi pun, apa yang pentingnya nak bercerita tentang ex-bf? Nama pun “ex”.Masih Simpan Barang/Hadiah Ex-Bf Sebagai Kenangan?Okay, ini mungkin juga sensitif bagi kebanyakan wanita kalau saya katakan TIDAK perlu anda simpan apa pun barang-barang yang menunjukkan wujudnya kaitan di antara anda dengan ex-bf atau perhubungan anda yang lepas. Mungkin gambar-gambar lepas bersama ex-bf ke, atau hadiah yang anda terima dari ex-bf ke, malah apa sahajalah yang ada dalam simpanan anda yang boleh dan mampu mengingatkan kembali dan ada kaitan dengan perhubungan yang lepas.Pada kebanyakan wanita apa salahnya? Bukan apa pun, “just buat kenangan jer”. Mungkin juga, “ Teddy Bear tu cantik sangat, mahal pulak tu, sayang nak buang”, atau mungkin juga wanita berkata, “laa..takkan la tak boleh nak simpan, bukan maksud tak sayang pasangan sekarang ni, itu hal lepas.. hal lepas tu hal lepas la, tak penting dah. Lagi pun sayang nak buang album tu, cantik”.Kalau bf/pasangan anda sekarang tak kisah, “so its okay”. Namun demikian, kebanyakan lelaki TIDAK suka. Kenapa? Kerana barangan itu semua menunjukkan kepadanya bahawa ex-bf anda MASIH lagi wujud dalam hidup anda! Dan ini membuatkan lelaki(kebanyakan ya, tidak semua. Ada juga lelaki yang tidak kisah.) amatlah tidak selesa.Lelaki ingin tahu HANYA dia sahaja wujud dalam fikiran dan hidup anda. Bila dia tahu dan pasti tentang hal ini, dia akan dengan selesanya dan tanpa ragu-ragu membuka hatinya dengan rela untuk mencintai anda sepenuhnya. Jangan Merungut!Lelaki TIDAK bertindak balas dengan rungutan atau wanita yang bercakap banyak atau “membebel”. Kalau anda tergolong wanita jenis ini, dah boleh persiapkan diri untuk mengubah sikap anda. Merungut dan membebel akan membuatkan lelaki berasa anda bersaing dengannya. Kebanyakan lelaki akan bertindakbalas dengan tindakan yang hampir sama sekiranya wanita merungut atau membebel terhadapnya. Sekiranya ini terjadi, kedua-dua pihak, anda dan pasangan juga yang akhirnya akan terluka dan masalah tidak akan selesai malah bertambah kusut. Ingat, anda pasangannya, bukan lawannya. Untuk membuatkan lelaki mendengar apa yang anda kata dan luahkan BUKAN dengan rungutan dan “membebel”. Apa yang anda perlukan, ialah dengan menggunakan sifat “feminin” anda yang pasti akan membuatkan dia memberikan perhatian.
roninhttp://www.blogger.com/profile/13476574314704818862noreply@blogger.com
tag:blogger.com,1999:blog-3166251564870740479.post-3497680468878892362007-12-14T21:06:00.000+08:002007-12-14T21:08:23.534+08:00
Nak Buat Sex Sebelum Kahwin? Baca Ni Dulu!
Ini tentang cinta moden. Pasal apa saya kata cinta moden, pasal sex sebelum kahwin pada hari ni seolah-olah telah menjadi perkara biasa jer pada ramai pasangan yang sedang dilamun cinta.Saya tak nak cerita perkara ni dari sudut agama, kesihatan, atau budaya sebab saya pasti itu semua kita tau dah jawapannya. Apa yang saya nak cerita dalam artikel ni dari sudut lain pulak dan seperti biasa..khas untuk anda wanita semualah.Okay, untuk pengetahuan anda, lelaki ni kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk sex, bukan semualah..tapi kebanyakannya. Wanita pulak kebanyakannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komitmen dari seorang lelaki/pasangan kepadanya. Sex bagi lelaki boleh membuatnya rasa lebih dekat dengan wanita, lebih intim, lebih menjadikan sesuatu perhubungan itu sangat bermakna. Betul ke?Bergantung kepada keadaan!! Macamana tu?Okay, kalau anda baru kenal dia, 2-3 kali dating dah jadi “couple”, atau pun baru bercinta, baru berpasangan dengannya lebih kurang 4-5 bulan macam tu dan kemudian anda telah “having sex” dengannya dalam jangkamasa yang terlalu pendek ini, kebarangkalian anda ditinggalkan adalah amat-amat cerah sekali. Mungkin 2-3 hari lepas tu atau mungkin 2-3 bulan lepas tu. Kenapa? Sebab dia “dah dapat” anda dan pada dia lagi, dia dah dapat anda dengan cara yang mudah! (apatah lagi kalau anda memang bersama lelaki “species” berbahaya).Kena faham senarionya di sini, bila seseorang wanita itu “memberi” kepada lelaki, atau melakukan sex dengan seorang lelaki SEBELUM lelaki itu ada komitmen dengannya, maka wanita tersebut meletakkan dirinya terang-terang dalam bahaya. Ini kerana wanita itu telah memberikan sesuatu yang amat tinggi sekali “nilainya” dan berharga kepada lelaki tersebut dan sebaliknya apa pula yang lelaki itu berikan kepadanya dengan nilai yang sama, nilai yang setara dengan apa yang telah wanita itu berikan?Cakap lebih mudah lagi, bila seorang wanita itu telah “memberi” kepada seorang lelaki, apa lagi yang tinggal pada wanita tersebut untuk diberi? Dah “beri” habis dah.. takde apa lagi dah tinggal! Kemudian wanita akan mengharapkan lelaki tersebut berikan perkara yang “sama nilainya” kepada dia yang memang itulah perkara asalnya yang wanita harapkan iaitu – komitmen sepanjang hayat, atau pun menjadi suaminya. Agak-agak andalah.. apa yang berlaku? Ya, apa yang berlaku ialah kebanyakan wanita ditinggalkan oleh lelaki. Ini sudah jadi “habis manis, sepah dibuang”.Apa yang perlu wanita lakukan ialah JANGAN “memberi” atau melakukan sex sehinggalah dia mendapatkan komitmen dari seorang lelaki terhadapnya iaitu perkahwinan. Wanita juga perlu memastikan jika seorang lelaki itu betul-betul cintakannya, dia perlu membuktikan cintanya itu dengan bekerja keras untuk mendapatkan hati, menjaga hati dan diri wanita itu seterusnya setelah berkahwin nanti barulah lelaki tersebut akan “diberi hadiah” oleh wanita itu di atas segala usaha dan kejujuran cintanya.Lagi satu bila wanita hanya “memberi sex” selepas perkahwinan, lelaki akan lebih lagi menghargai wanita itu kerana semasa bercinta dan belum berkahwin lagi wanita itu sendiri telah mengajar kepada lelaki tersebut untuk menghargainya dengan cara menyampaikan mesej bahawa sex adalah sesuatu yang istimewa baginya yang hanya akan diberikan kepada lelaki yang benar-benar jujur, bertanggungjawab, dan setia.Saya pasti anda setuju!

0 comments: